fbpx

Bersih rumah ala kadar, bimbang banjir semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hanafi membersihkan pinggan mangkuknya yang terendam banjir di Taman Murni Permai, Tok Jembal, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sebahagian besar mangsa banjir Terengganu yang dibenarkan pulang setelah banjir surut secara berperingkat sejak Khamis lalu mengambil langkah berjaga-jaga dengan membersihkan rumah masing-masing sekadar ala kadar.

Tinjauan Kosmo! di Taman Murni Permai, Tok Jembal di sini semalam mendapati rata-rata penduduk bimbang kediaman mereka dimasuki air lagi pada bila-bila masa.

Seorang penduduk, Mohd. Asmawi Aziz, 33, berkata, banjir gelombang pertama bermula Isnin lalu sebenarnya masih belum berakhir.

katanya, taman perumahan mereka boleh dilanda banjir semula pada bila-bila masa sekiranya berlakunya pertembungan antara hujan lebat dan fenomena air pasang besar.

“Saya sekeluarga yang dibenarkan pulang semalam (kelmarin) cuci rumah ala kadar sahaja kerana risau banjir semula.

“Peralatan elektrik masih diletakkan di atas pangkin tinggi, hanya tilam dan tikar diturunkan untuk kegunaan tidur sahaja. Itupun kami sekadar ‘tidur-tidur ayam’,” katanya ketika ditemui di Taman Murni Permai, Tok Jembal di sini semalam.

Mohd. Asmawi berkata, sofa dan almari kayu miliknya rosak dan terpaksa dilupuskan selepas rumahnya dinaiki air setinggi hampir 0.5 meter pada Isnin lalu.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Hanafi A. Awang, 52, juga mendapat pendekatan tidak bersungguh-sungguh membersihkan rumahnya kerana bimbang kemungkinan banjir berulang.

Dia juga berharap kerajaan negeri Terengganu dapat mengambil langkah mengatasi masalah banjir di Taman Murni Permai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI