fbpx

Penternak beri biri-biri secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUMLAH biri-biri kini adalah lebih 77 ekor iaitu yang terbanyak di Australia. - Foto AFP

BRISBANE – Lebihan bekalan  menyebabkan harga daging biri-biri merudum di Australia sehingga mendorong sebilangan petani menyembelih atau memberikan haiwan itu kepada orang lain secara percuma untuk menjimatkan kos, lapor portal berita NBC News semalam.

Harga daging biri-biri merosot  70 peratus sepanjang tahun lalu kepada cuma AS$1.23 sekilogram (RM5.76), demikian menurut data syarikat tempatan, Meat and Livestock Australia (MLA).

“Australia mempunyai musim yang sangat baik sejak beberapa tahun lalu yang menyaksikan bilangan biri-biri bertambah dan mencapai 78.75 juta ekor. Jumlah itu adalah  yang terbesar  sejak 2007,” kata seorang penganalisis bekalan global MLA, Tim Jackson.

Peningkatan pesat bilangan biri-biri itu antara lain berpunca daripada pertambahan taburan hujan di kawasan penternakan di Australia seperti di New South Wales dan Victoria yang menyaksikan rumput tumbuh dengan segar dan banyak.

“Semakin banyak hujan turun dan semakin lama pasaran diapung, ia mendorong pengeluar mengekalkan biri-biri mereka yang sepatutnya dijual. Ini menyebabkan bilangannya terus bertambah,” kata Pengerusi Pengeluar Kambing Biri-Biri Australia, Andrew Spencer kepada portal berita CNBC melalui e-mel.

Beliau merujuk kepada para penternak yang memelihara lebih banyak biri-biri di ladang dan bukannya menggemukkan dan menghantar ternakan tersebut ke rumah penyembelihan dan pasar.

Bagaimanapun, Steve McGuire yang merupakan naib presiden kumpulan pembela petani, WAFarmers berkata, banyak biri-biri tidak dapat dijual dan berisiko  menyebabkan penternak menghapuskan haiwan ternakan mereka untuk mengurangkan kos.

Beliau turut berkata bahawa petani lebih suka memberikan haiwan itu secara percuma berbanding membunuhnya tetapi tidak ramai orang yang ingin mengambil biri-biri tersebut. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI