fbpx

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar padang Stadium Nasional, Bukit Jalil di laman Instagram milik Tunku Ismail.

PETALING JAYA – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar padang Stadium Nasional, Bukit Jalil di laman Instagram hari ini.

Tunku Ismail yang menaja rumput baharu jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagaimanapun berkongsi gambar tersebut tanpa sebarang ulasan atau kapsyen.

Gambar menunjukkan keadaan padang tersebut rosak mengundang persoalan ramai sama ada ia disebabkan oleh penganjuran konsert Coldplay beberapa hari lalu.

Padang tersebut mendapat pujian penyokong bola sepak tanah air ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 16 November lalu.

Konsert Coldplay pada 22 November lalu merekodkan jumlah kehadiran mencecah 75,000 peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI