fbpx

Mahkamah: Guru didakwa liwat, amang seksual anak murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) dituduh empat pertuduhan amang seksual dan meliwat seorang remaja perempuan di Mahkamah Sesyen Kemamam hari ini.

KEMAMAN – Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan amang seksual, meliwat dan memiliki bahan pornografi pelajar perempuannya pada tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 46 tahun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa berusia 14 tahun sewaktu kejadian menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 6.39 petang, 8 November 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki tersebut didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meliwat mangsa di sebuah makmal Teknologi dan Komunikasi Maklumat (ICT), di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada pukul 9.45 pagi, hari sama.

Dia juga didakwa berkomunikasi dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp dengan niat untuk melakukan atau memudahkan perlakuan hubungan seks pada 4 November hingga 7 November tahun lalu antara pukul 6.50 petang hingga 7.14 malam.

Bagi pertuduhan keempat pula, tertuduh pada 14 November tahun lalu, iaitu kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman didakwa telah mengakses atau mempunyai dalam milikan atau kawalan ponografi kanak-kanak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI