fbpx

Wartawan sambilan Kosmo! rangkul Anugerah Pendukung Seni Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALEHUDIN (dua dari kanan) bersama trofi, sijil penghargaan semasa majlis anugerah tersebut

KUANTAN – Wartawan Kosmo!, Salehudin Mat Rasad mencatat sejarah menerima Anugerah Pendukung Seni (Media) pada majlis Anugerah Seni Budaya (ASB) Pahang di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN) Pahang di sini baru-baru ini.

Pengarah JKKN Pahang, Nurwati Abdul Wahab berkata, pemilihan Salehudin sempena Program Menyemarakkan Seni Budaya ` Moh Rodong-Rodong @ JKKN Pahang bagi mengiktiraf sumbangan penggiat budaya dan wartawan yang menyebarluaskan kegiatan budaya dan kesenian negeri.

Menurutnya, Salehudin itu dipilih berdasarkan integriti pembabitan selama hampIr 40 tahun menulis pelbagai artikel yang mencungkil berkaitan seni budaya tradisi Melayu Pahang.

Salehudin menerima trofi, sijil penghargaan dan hadiah wang bernilai RM1,000.

“Disamping itu rekod beliau aktif dalam membantu promosi dan publisiti acara hiburan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN ) Pahang dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),“ katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI