fbpx

[VIDEO] Konsert Coldplay 8 malam, pukul 9 pagi peminat sudah beratur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai sanggup beratur seawal pukul 9 pagi di hadapan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, yang bakal berlangsung malam ini.

PETALING JAYA – Orang ramai sanggup beratur seawal pukul 9 pagi di hadapan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, yang bakal berlangsung malam ini.

Menurut sebuah hantaran yang dikongsikan oleh @AkeemSyaryzal di aplikasi X, mereka yang sanggup beratur jauh lebih awal ini dipercayai merupakan pemegang tiket di zon berdiri.

Dalam video sama, peminat juga dilihat membawa tikar, makanan, payung dan juga kerusi untuk memastikan keselesaan masing-masing sepanjang waktu menunggu.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan pengguna di aplikasi X tidak terkejut dengan kesanggupan segelintir peminat yang datang jauh lebih awal dan menganggapnya sebagai satu perkara biasa.

“Orang yang beratur ini mesti semuanya beli tiket di standing zone. Orang yang beli tiket duduk tak payah datang awal sangat pun tak apa,” kata Kimi.

“Amboi, dah macam berkelah. Apa-apa pun jaga keselamatan diri dan jangan seronok sangat sampai lupa diri,” kata Firzanah.

“Mesti ramai yang ambil cuti hari ini semata-mata nak tonton konsert Coldplay kan,” kata Hafeez.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 75,000 penonton bakal memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan persembahan band ikonik asal United Kingdom yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

Di Malaysia, tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour berharga antara RM228 ke RM3,088 yang dijual pada 17 Mei lalu ‘licin’ disambar peminat tegar mereka hanya dalam tempoh tiga jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI