fbpx

KPM beri tumpuan kurikulum baharu 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bergambar bersama sebahagian wakil media yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Media di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kurikulum persekolahan baharu 2027 bagi menggantikan pelan pendidikan sedia ada yang akan berakhir dua tahun lagi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kurikulum 2027 dinantikan oleh banyak pihak terutama selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Kurikulum baharu ini paling ditunggu oleh ramai pemegang taruh, khususnya selepas kita menghapuskan UPSR serta PT3 dan memberikan tumpuan kepada pentaksiran.

“Ini adalah konteks yang perlu difahami dan disebarluaskan dalam masyarakat supaya golongan ibu bapa, guru dan komuniti pendidikan mendapat manfaat daripada perbahasan mengenai pengukuhan pentaksiran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Media di ibu negara hari ini.

Menurut Fadhlina, KPM juga akan mengadakan jelajah jerayawara pendidikan masa depan di seluruh negara bermula pada tahun hadapan bagi mendapatkan pandangan berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum baharu 2027.

Jelasnya, jelajah tersebut juga merupakan sebahagian usaha untuk merangka pelan pendidikan baharu negara yang akan tamat pada tahun 2025.

“Ini merupakan jerayawara utama KPM untuk turun melakukan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh yang berkait rapat dengan pendidikan,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan KPM tidak akan mengembalikan semula UPSR dalam masa terdekat walaupun menerima banyak permintaan daripada ibu bapa.

Fadhlina sebaliknya dilaporkan berkata, beliau mahu memberikan tumpuan kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 selain agenda jelajah jerayawara pendidikan masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI