fbpx

Griezmann tidak terpikat tawaran Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN memiliki klausa pelepasan yang rendah menyebabkan United bersedia untuk mengaktifkannya bagi membawanya ke Old Trafford. - AFP

MADRID – Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann dilaporkan sedia menolak pelawaan untuk menyertai Manchester United pada Januari ini meskipun ditawarkan tiga kali ganda kenaikan gaji.

Nama bintang berusia 32 tahun itu menjadi sebahagian daripada perancangan pengurus United, Erik Ten Hag bagi menajamkan jentera serangannya pada jendela perpindahan Januari ini.

The Red Devils dikatakan bersedia mengaktifkan klausa perpindahan rendah dimiliki Griezmann iaitu £21.9 juta (RM127.59 juta) untuk membolehkannya berhijrah ke Old Trafford selepas ini.

Difahamkan, United tiada masalah untuk menawarkan gaji lumayan kepada pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu sebanyak £350,000 (RM2.03 juta) seminggu, sekali gus menjadi antara penerima termahal kelab itu.

Buat masa ini, Casemiro menerima gaji mingguan tertinggi di Old Trafford iaitu £350,000 (RM2.03 juta) diikuti Raphael Varane £340,000 (RM1.98 juta) dan Marcus Rashford £300,000 (RM1.74 juta).

Bagaimanapun, pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mendakwa, Griezmann tidak akan meninggalkan Atletico pada Januari ini bagi membalas budi kelab itu yang sabar menantikan dia menemui prestasi terbaiknya.

Griezmann meninggalkan Atletico selepas Barcelona mengaktifkan klausanya bernilai £105 juta (RM611.72 juta) pada 2019 tetapi perpindahan itu dianggap gagal sebelum dia kembali bersama kelab itu dua tahun kemudian.

Sejak itu, Griezmann kembali menemui tahap terbaiknya dan musim ini sahaja dia sudah berjaya meledak 12 gol daripada 16 perlawanan dalam semua kejohanan bersama skuad bimbingan Diego Simeone tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI