fbpx

Dewan Rakyat: Golongan bujang senja semakin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa bimbang kepada peningkatan golongan ‘bujang senja’ di negara ini.

Susulan itu, beliau mencadangkan pihak kerajaan agar dapat memberi sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami bagi menyelesaikan masalah wanita yang lewat berkahwin.

“Negara kita ini sensitif soal isu poligami, bila sebut poligami macam buat jenayah. Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.

“Kita boleh bayangkan 8.4 juta golongan wanita yang belum kahwin walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad tetapi, perkara ini dapat memberi jalan keluar,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, beliau menyatakan kebimbangan mengenai bilangan bujang senja menerusi laporan Bancian Penduduk 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia yang menyatakan lebih 5.5 juta lelaki dan wanita berusia lebih 30 tahun mengambil keputusan untuk tidak berkahwin ataupun belum berkahwin.

Katanya, faktor kewangan menjadi antara punca utama iaitu sebanyak 56 peratus, tiada calon sesuai 18.4 peratus dan kerjaya 9 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI