fbpx

Dewan Rakyat: 44 aduan diterima isu majikan tidak patuh cuti bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 kes aduan telah diterima berkaitan majikan yang tidak mematuhi polisi cuti bersalin mengikut Pindaan Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, daripada jumlah tersebut, 28 aduan adalah berasas manakala baki 16 aduan adalah tidak berasas.

Beliau berkata, bagi aduan yang berasas, majikan – majikan yang terlibat telah diberikan peringatan dan tindakan pembetulan telah diambil.

“Semua kes tersebut telah diselesaikan melalui pematuhan majikan dengan pemberian kelayakan tempoh cuti bersalin selama 98 hari kepada pekerja.

“Majikan yang didapati tidak mematuhi peruntukan tersebut telah dinasihatkan untuk membuat tindakan pembetulan dan sekiranya gagal kertas siasatan akan dibuka untuk tindakan pendakwaan atau kompaun dengan denda maksimum sehingga RM50,000 jika disabit kesalahan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) yang meminta Kementerian Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memastikan semua majikan termasuk majikan daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan
Sederhana (SME) mematuhi polisi cuti bersalin yang dilanjutkan serta bilangan majikan yang gagal mematuhi polisi itu.

Sementara itu Mustapha berkata, Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung berusaha memastikan semua majikan disektor swasta mematuhi pindaan ini sebagaimana yang diperuntukkan dengan mengadakan sebanyak 183 Program Pendidikan Perburuhan
telah diadakan di seluruh Semenanjung.

“Program Pendidikan Perburuhan bagi memberi pendedahan kepada majikan berkaitan undang – undang perburuhan negara khususnya melibatkan pindaan Akta Kerja 1955 terkini yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

“Kementerian turut memberi khidmat nasihat kepada majikan secara individu atau berkumpulan selain menerbitkan poster perlindungan wanita hamil dan bersalin di portal Jabatan,” ujarnya.

Selain itu katanya, kementerian turut melaksanakan 23,279 pemeriksaan berkanun sehingga 31
Oktober.

“Kementerian turut menjalankan siasatan aduan dan menyelesaikan tuntutan kes buruh yang diterima daripada pekerja dan melaksanakan tindakan pendakwaan dan kompaun jika disabit
kesalahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI