fbpx

‘Beach boy’ terlepas tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hafizuddin ketika ditemui di Mahkamah Tinggi.

SEREMBAN – Seorang lelaki menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini, melepas serta membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan mengedar dadah bernilai RM7.2 juta di Telok Kemang, Port Dickson tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Hafizuddin Mohammad, 31, yang juga bekerja sebagai ‘beach boy’ juga tidak dipanggil untuk membela diri selepas Hakim, Datin Rohani Ismail mendapati selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan pertama iaitu pada pukul 7 pagi, 14 Mei 2020 di kawasan tepi laut berhampiran Marina Bay, Batu 6, Jalan Pantai, Telok Kemang, Port Dickson Mohammad Hafizuddin dituduh mengedar bahan disyaki dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 51.8 kilogram

Bagi pertuduhan kedua, pada waktu, tarikh dan lokasi yang sama, dia dituduh mengedar bahan disyaki dadah berbahaya iaitu 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 13,794 gram.

Untuk kedua-dua pertuduhan, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI