fbpx

Ahli Parlimen Gua Musang kekal sokong Pas di DUN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azizi Abu ketika ditemui pemberita selepas sesi sidang DUN di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini masih menyokong kerajaan negeri Kelantan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri berkata, setakat ini, belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perubahan tempat duduk beliau di sama ada si blok pembangkang atau kerajaan di peringkat DUN.

Menurutnya, beliau juga tidak menghantar sebarang permohonan untuk perubahan tempat duduk semasa sidang DUN kerana masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kelantan di bawah pimpinan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

“Setakat ini, tiada apa yang dipertikaikan mengenai sidang DUN Kelantan. Saya juga menghargai dan menghormati pihak kerajaan negeri kerana dahulu kita bertanding atas tiket mereka (PN).

“Apa yang saya sebut dalam kenyataan saya sebelum ini (menyokong Perdana Menteri) hanya melibat peringkat persekutuan iaitu di Parlimen sahaja. Saya tidak sebut pun berkenaan negeri” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI