fbpx

Pekerja bagus pun kena ‘hukum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster grafik yang dikongsikan PHM di Facebook

PETALING JAYA – Menjadi seorang kakitangan syarikat yang cemerlang bukan sahaja mendapat pujian daripada majikan, malah turut menjadi mangsa ‘hukuman prestasi’ atau dikenali sebagai ‘perfomance punishment’.

Hukuman prestasi atau nama lainnya ‘hukuman pekerja bagus’ adalah satu simptom dimana majikan terlalu percayakan pada satu-satu pekerja mereka sehingga ia membebankan individu tersebut.

Menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia (PHM), antara tanda-tanda seseorang pekerja bagus sedang ‘dihukum’ adalah apabila dia diberi tugas melebihi waktu kerja tanpa sebarang ganjaran atau bayaran tambahan.

Selain itu, pekerja tersebut disuruh melakukan kerja di luar bidang tugas yang ditetapkan termasuklah dipaksa menggantikan tugasan orang lain secara mengejut.

“Antara kesannya, pekerja perlu berdepan dengan bebanan kerja melampau sehingga terpaksa membawa urusan kerja pulang ke rumah.

“‘Performance punishment’ menyebabkan pekerja menjadi ‘burn out’, penurunan produktiviti, dan kekurangan motivasi. Ia juga boleh membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental, seperti peningkatan risiko penyakit jantung dan kemurungan.

“Untuk mengelakkan hukuman prestasi daripada pekerja yang berprestasi tinggi, adalah penting bagi organisasi untuk mewujudkan budaya keseimbangan antara kerja dengan kehidupan dan menetapkan sempadan yang jelas di sekitar jangkaan kerja,” katanya.

Tambah PHM, kewujudan ‘hukuman pekerja bagus’ ini adalah antara punca kakitangan di syarikat enggan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang kerana takut dibebani tugas ‘percuma’. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI