fbpx

5 sekolah swasta di Johor terima emel ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN mengesahkan menerima lima laporan ugutan ancaman bom di lima buah sekolah swasta di Johor.

JOHOR BAHRU – Polis menerima lima laporan ugutan ancaman bahan letupan di ditanam di sekolah di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ancaman bom itu dikesan antara pukul 11 pagi hingga 6.18 petang hari ini.

Ujarnya, ugutan itu dihantar melalui emel membabitkan sekolah swasta di Masai, Permas Jaya, Gelang Patah, Kulai dan Muar.

“Bertindak atas laporan itu, polis Johor mengatur gerak menghantar Unit Pemusnah Bom, Unit Cawangan Khas Daerah, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan Unit Anjing Pengesan (K9) kesemua lokasi berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan yang dijalankan di seluruh sekolah tersebut, tiada sebarang objek mencurigakan dikesan serta mendapati kawasan sekolah adalah selamat,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pasukan polis masih ditempatkan di kesemua lokasi ancaman itu bagi membuat pemantauan lanjut.

Katanya, polis telah membuka siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Johor menasihatkan agar orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang mendatangkan kegusaran serta menganggu gugat ketenteraman awam.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI