fbpx

[VIDEO] Persona ganti kereta buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian, milik @kakpaten_kp.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita berkongsi detik indah menghadiahkan kereta baharu kepada ibu bapanya telah mengundang sebak orang ramai.

Menerusi perkongsian video, wanita itu dilihat membelikan sebuah kereta Proton Persona bagi menggantikan kereta Perodua Kancil milik ibu dan bapanya.

“Mak ayah saya memang tak pernah ada kereta baru sebab kami bukan dari keluarga yang senang. Saya ada rezeki lebih jadi saya nak belikan kereta buat mereka. Saya tak beli secara cash, saya beli hutang.

“Kereta lama memang selalu rosak sampai mak nangis-nangis. Sebagai anak, saya hendak yang terbaik buat mereka jadi saya nak buat suprise (kejutan) belikan mereka kereta,” jelasnya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, wanita berkenaan menitipkan kata-kata yang cukup meruntun hati tatkala mengimbas kembali waktu sukar yang dialami oleh ibu bapanya sewaktu kereta mereka sering rosak.

Dalam video itu juga kelihatan ibu wanita tersebut menangis dan tidak menjangkakan anaknya itu menghadiahkannya sebuah kereta.

Ramai netizen turut berasa sebak apabila melihat reaksi ibu yang cukup terkejut dengan pemberian anak perempuannya itu.

“Impian semua anak hendak hadiahkan mak ayah kereta. Doakan saya boleh hadiahkan mak juga. Mak dari kahwin dengan arwah ayah sampai ayah meninggal tak pernah ada kereta,” kongsi Kayra.

“Berjurai air mata sebab tak sempat nak balas jasa arwah ibu saya. Doakan saya dapat bahagiakan suami,ayah mertua & anak-anak saya suatu hari nanti,” tambah Dee. – KOSMO! ONLINE

@kakpaten_kpalhamdulilah slh satu niat sy tercapai..syukur ya allah

♬ original sound – kakpaten_kp

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI