fbpx

[VIDEO] 2 gadis Malaysia dedah kejadian pukau di Rom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Dua orang gadis dari Malaysia berjaya merakam satu klip video kejadian pukau yang dilakukan seorang lelaki berkulit hitam di Rom, Itali.

Dalam klip video yang kini viral di laman sosial ketika ini menyaksikan seorang lelaki Inggeris telah dipukau oleh seorang lelaki berkulit hitam di kawasan perlancongan terkenal Colosseum di Rom.

Dua gadis tersebut difahamkan yang berada dalam satu rangka lawatan ke negara tersebut berjaya merakamkan detik tersebut.

Menurut mereka, pelancong yang ingin ke sana perlu berhati-hati kerana kejadian tersebut kerap berlaku sehingga ada yang mengalami kerugian yang besar.

“Dekat sini kita perlu berhati-hati dengan golongan yang ada pegang tangkal atau tasbih di tangan mereka.

“Kejadian tadi memang berlaku di hadapan kami sendiri, nak melancong di sini kita perlu berhati-hati,” jelas salah seorang gadis terbabit.

Dalam pada itu, salah seorang pemilik media sosial turut bersetuju dengan apa yang didedahkan dua gadis itu.

Katanya, bukan sahaja di Rom malah di menara Eiffel di Perancis juga kejadian yang sama turut berlaku.

“Memang di kawasan tumpuan pelancong kebanyakan kejadian seperti ini berlaku, pengalaman saya di Perancis pun sama.

“Namun di sana kita perlu berhati -hati dengan penyeluk saku, ramai pelancong sudah menjadi mangsa termasuk suami saya sendiri,” kata Mysarah Kadir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI