fbpx

Dewan Rakyat doakan keselamatan kanak-kanak di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari pada sidang Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta seluruh Ahli Parlimen mendoakan keselamatan kanak-kanak di Semenanjung Gaza sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut hari ini.

Menurut beliau, warga dunia begitu terkesan dengan konflik Palestin-Israel yang semakin meruncing dan sehingga hari ini lebih 700,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal, lebih 4,600 kehilangan nyawa, manakala hampir 9,000 lagi cedera.

“Marilah kita mendoakan agar semua kanak-kanak, khususnya yang berada di Semenanjung Gaza diberikan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Johari berkata, Hari Kanak-Kanak tarikh penting untuk semua pihak memperbaharui tekad melindungi hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak pada tahun 1995, terutama berkaitan kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan
kanak-kanak.

Menurut beliau, semua pemegang amanah termasuk ibu bapa, penjaga, para pendidik, sektor korporat dan awam serta masyarakat perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab memastikan kanak-kanak dapat membesar bebas daripada diskriminasi, keganasan dan eksploitasi dalam suasana yang selamat dan sejahtera.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah bersama-sama kita lindungi kanakkanak agar mereka membesar dalam keadaan yang sejahtera, selamat dan sihat. Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia saya ucapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI