fbpx

Akaun Fleksibel KWSP bakal dilaksana April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Akaun 3 yang bakal berfungsi sebagai akaun simpanan untuk saat kecemasan dijangka dilaksanakan bermula April 2024.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perincian mengenai akaun tersebut akan diumumkan selepas pengumuman dividen KWSP pada Februari depan.

Justeru, beliau mengalu-alukan organisasi berkaitan untuk menyuarakan pandangan mereka yang boleh disampaikan terus sama ada kepada Kementerian Kewangan atau KWSP sendiri.

“Sebanyak RM145 bilion simpanan ahli KWSP dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran semasa Covid-19. Selepas itu, rakyat terus menyatakan mereka perlu mengeluarkan lagi tetapi kerajaan buat keputusan untuk tidak membenarkan walaupun ada pun desakan daripada pelbagai pihak.

“Sebab itu kita buat formula baharu iaitu akaun ketiga. Kita akan melaksanakan tetapi ada kaedah tertentu yang tidak akan menjejaskan pendapatan.

:Apa maksud kecemasan itu akan diperincikan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Mesyuarat Lembaga Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40, di sini semalam.

Pada ucapan perasmiannya, Ahmad Maslan berkata, salah satu pengajaran utama daripada pandemik ialah kerajaan perlu membina sistem perlindungan sosial yang mantap untuk masyarakat yang lebih berdaya tahan.

Jelasnya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan negara-negara ASEAN dalam menyediakan perlindungan sosial berkesan untuk rakyatnya. 

“Di bawah Laporan Perlindungan Sosial Dunia ILO (Pertubuhan Buruh Sedunia) 2020-2022, liputan berkesan populasi oleh manfaat perlindungan sosial di rantau Asia Tenggara berada pada paras 33 peratus, di bawah purata dunia pada 47 peratus.

“Sementara perbelanjaan perlindungan sosial, tidak termasuk penjagaan kesihatan berada pada 2.3 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), di bawah purata Asia Pasifik sebanyak 7.5 peratus daripada KDNK,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI