fbpx

Piala Tun Ali: PDRM ungguli kategori beregu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDRM bergelar juara kategori beregu apabila menewaskan Phitsanulok 2-1 dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023 di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka. - Foto oleh Amran Mulup

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara kategori beregu apabila menewaskan kelab dari Thailand, Phitsanulok 2-1 dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023 di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit di sini, hari ini.

PDRM yang dibarisi Seksan Tubtong dan Muhammad Shahalril Aiman Halim berdepan tentangan Phitsanulok diwakili Suriyon Koonpimon dan Tanusard Raviroj.

PDRM beraksi cemerlang meskipun menang tipis 23-21 pada set pertama.

Tersentak dengan kekalahan di set pertama, gandingan lawan mengubah taktik dan terpaksa berhempas pulas menundukkan PDRM 21-19 untuk mengheret perlawanan ke tie break.

Namun pada set penentuan, aksi serba tidak mengena buat beregu dari Thailand itu memberi kelebihan kepada gandingan Seksan Tubtong dan Muhammad Shahalril meraih kemenangan mudah 22-15.

Terdahulu, Phitsanulok melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kuala Lumpur menerusi kemenangan 21-12, 13-21 dan 21-7 dalam saingan separuh akhir semalam.

Sementara itu, PDRM mengalahkan Pulau Pinang 22-19, 22-24 dan 21-18 di separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI