fbpx

Nora Ariffin keluar ICU, syukur diberi peluang hidup kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas 10 hari menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara, Nora akhirnya dibenarkan pulang.

PETALING JAYA – Selepas 10 hari menerima rawatan di pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat sesak nafas, penyanyi senior Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila sudah dibenarkan pulang.

Malah pemilik nama penuh Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyifatkan kesembuhan yang dikurniakan Tuhan ke atasnya sebagai peluang kedua untuk terus bersama keluarga tercinta.

“17 November 2023, sudah genap 10 hari saya berada di hospital, tiga hari ICU.

“Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin pulih dan sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

“Tiada kata selain syukur, saya seolah-olah diberi peluang kedua. Allah saja yang tahu perasaan ini,” katanya menerusi hantaran video dalam Instagram.

Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu juga sempat memberi apresiasi sekali gus berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan mendoakan kesembuhan buat dirinya sepanjang dalam rawatan.

Malah, penghibur berusia 50 tahun itu juga meluahkan rasa tidak sabar untuk kembali berkerja selepas mendapat rehat yang mencukupi.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan sahaba yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan saya, datang melawat buat solat hajat.

“Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik kalian semua, moga kalian dikurniakan pahala berlipat kali ganda atas segala kebaikan yang dilakukan.

“ Syukur saya sudah kembali sihat, sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk kembali berkerja macam biasa,” ujarnya panjang lebar.

Sebelum ini, Nora telah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas dan perkara tersebut dimaklumkan sendiri suami penyanyi terbabit, Dr. Rushdi Ramli.

Difahamkan Nora dimasukkan ke hospital di Kajang, Selangor itu sejak beberapa hari sebelumnya disebabkan demam panas. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI