fbpx

Sultan Nazrin kurnia darjah, pingat kepada 209 penerima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Shafiq Puteh menerima PJK pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

KUALA KANGSAR – Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigadier Jeneral Dr. Mohd. Arshil Moideen mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat dalam istiadat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau mendahului senarai kira-kira 209 penerima hari kedua istiadat pada hari ini, selepas hari pertama diadakan pada 5 November lalu.

Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada Mohd. Arshil dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 baginda di Istana Iskandariah di sini.

Darjah itu dikurniakan kepada rakyat Seri Sultan Perak yang memperlihatkan keistimewaan dan kecemerlangan mengharumkan nama negeri dan negara serta individu yang menabur jaksa bakti dan memberi khidmat cemerlang kepada negeri Perak.

Turut menerima darjah sama ialah, pakar perubatan kesihatan awam, Dr. Norsihimah Wahid dan Pengerusi MRANTI Corporation Sdn. Bhd., Dr Rofina Yasmin Othman serta Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Mengiringi keberangkatan Sultan Nazrin ke istiadat itu ialah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Pada istiadat itu, Sultan Nazrin turut mengurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) dan Pingat Pekerti Terpilih (PPT).

Ini diikuti pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang turut diberikan kepada atlet terjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan atlet muaythai negara, Mohammad Rifdean Masdor.

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan pelari wanita negara, Shereen Samson Vallabouy yang tersenarai sebagai penerima pingat sama bagaimanapun tidak dapat hadir kerana perlu meneruskan program latihan dan urusan pengajian di luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI