fbpx

Pecahkan cermin sebelum larikan beg tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kamera papan pemuka yang memaparkan kejadian samun pecah cermin kereta di Jalan Desa 5, Desa Jaya, Selasa lalu.

GOMBAK – Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kejadian samun pecah kereta di Jalan Desa 5, Desa Jaya, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang pengadu wanita berusia 25 tahun kira-kira pukul 9.15 pagi.

Ujarnya, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, terdapat sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampiri kereta wanita tersebut jenis Toyota Vios berwarna putih.

“Pembonceng motosikal memecahkan cermin penumpang bahagian hadapan dan mengambil beg silang mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mengalami kerugian barangan berharga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkawan) dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan atau terus hubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI