fbpx

KPDN Negeri Sembilan rampas 41,000 liter diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah lori dipercayai berisi diesel bersubsidi yang disita dalam Ops Tiris di dua lokasi semalam.

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan berjaya merampas sejumlah 41,000 liter barang kawalan berjadual yang disyaki diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam dua serbuan Op Tiris di Port Dickson.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam serbuan kelmarin dan semalam itu, dua premis yang terletak di Kampung Jawa, Bukit Pelanduk dan Kampung Kayu Ara telah dijadikan tempat penyimpanan serta pemindahan minyak diesel bersubsidi.

Menurutnya, turut disita dalam serbuan tersebut ialah tiga buah lori tangki, dua buah lori serta pam dan hos yang menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM293,750.

“Secara keseluruhannya, tujuh orang lelaki warga tempatan telah ditahan Penguat Kuasa KPDN kerana disyaki telah berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah dan melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Dua kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Kita sentiasa komited dan akan mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan di seluruh negara supaya tidak berlaku ketirisan yang seterusnya akan merugikan negara,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI