fbpx

Bermusuh, perang dingin lumrah dunia artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINGGU ini, Gala menyenaraikan beberapa selebriti tanah air dan antarabangsa yang pernah bertegang leher dan masih bermusuh sehingga kini.

KECOH seketika industri hiburan tanah air apabila muncul cerita Neelofa mahu berdamai dengan Fazura selepas dikatakan sudah lebih 13 tahun hidup berseteru.

Perkara tersebut memaksa netizen kembali ‘menyelongkar’ kisah lampau yang menjadi punca tercetusnya perbalahan sehingga didakwa tidak sebulu dalam tempoh yang lama.

Dalam episod kali ini, salam perdamaian Neelofa dilihat tidak disambut oleh Fazura dan hubungan baik yang diharapkan ramai nampaknya mustahil direalisasikan.

Sebenarnya, perseteruan dua selebriti itu bukan yang pertama kali berlaku dalam dunia hiburan. Ada yang lebih teruk pernah wujud dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Tidak keterlaluan, setiap tahun ada sahaja selebriti tanah air muncul dengan ‘drama’ pergaduhan sesama sendiri.

Minggu ini, Gala menyenaraikan beberapa selebriti tanah air dan antarabangsa yang pernah bertegang leher dan masih bermusuh sehingga kini.

Luna Maya vs Ayu Ting Ting

PERANG dingin dua selebriti ternama Indonesia, Luna Maya dan Ayu Ting Ting pernah mencuri perhatian ramai sekitar 2016.

Sengketa bermula apabila Luna tidak puas hati saat Ayu yang dilantik sebagai duta fesyennya turut melancarkan bisnes pakaian. Semua itu mengundang kemarahan Luna. Ayu dianggap merugikan bisnesnya.

Enam tahun lamanya mereka tidak bertegur sapa walaupun bertemu dalam acara hiburan.

Namun, sengketa bernoktah apabila masing-masing matang dan memilih berdamai sekitar 2022.

Kanye West vs Taylor Swift

PERMUSUHAN antara Taylor Swift dan Kanye West merupakan antara yang paling mencuri perhatian seluruh dunia sehingga hari ini.

Semuanya bermula apabila West merampas mikrofon dan ‘memotong’ momen ucapan Swift yang pada majlis anugerah VMA 2009 kerana berpendapat penyanyi itu tidak layak menang.

Keesokan harinya, West memohon maaf dan mengaku insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Namun, luka daripada insiden terdahulu kembali berdarah setahun kemudian apabila West melancarkan lagu Famous yang mempunyai lirik berbaur hinaan terhadap Swift.

Bekas isteri West, Kim Kardashian juga turut campur tangan dengan memuat naik rakaman perbualan yang mendakwa Swift memberi kebenaran untuk lirik tersebut.

Biar sudah lebih 10 tahun berlalu, hubungan dua penyanyi itu masih berantakan dan mungkin akan terus bermusuhan.

Puteri Balqis vs Qistina Raisah

HANYA kerana salah faham dengan konteks yang disampaikan, dua pelakon remaja, Puteri Balqis dan Qistina Raisah pernah saling berbalah dalam media sosial.

Semuanya bermula apabila Qistina didakwa mula menjaja cerita mengenai ketidakpuashatian terhadap seorang pelakon selain membanding-bandingkan kecantikan dirinya dengan orang lain.

Tidak berdiam diri, Balqis seterusnya membalas dan memuat naik hantaran dengan memerli individu tidak bernama yang dipercayai Qistina.

Dalam perkongsian tersebut, Balqis turut mengeluarkan kenyataan bahawa individu itu tidak memenangi sebarang anugerah walaupun hampir setiap hari ‘tayang’ diri dalam media sosial.

Meskipun tidak menyebut mana-mana nama, Qistina mengakui terguris dan menganggap pertelingkahan antara mereka tak sepatutnya berlaku hanya disebabkan salah faham.

Sehingga hari ini, kedua-duanya masih belum saling bertemu dan juga tiada permohonan maaf secara rasmi.

Nad Zainal vs tiga sekawan

PALING drama! Tiada angin tiada ribut, empat aktres iaitu Nad Zainal, Nabila Huda, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan yang sebelum ini bersahabat baik tiba-tiba bertukar status menjadi musuh.

Satu lawan tiga. Itu yang berlaku apabila Nad dikatakan ‘membuang’ tiga sahabat baiknya selepas sembuh daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru yang dialaminya sekitar akhir tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI