fbpx

TNB biayai kos kanak-kanak melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang melecur akibat terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, petang semalam.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersimpati terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) Sri Bayu Bayan Lepas, Pulau Pinang petang semalam.

Melalui satu kenyataan hari ini, pihak TNB akan menyalurkan bantuan bagi menanggung kos rawatan dan perubatan perubatan yang diperlukan agar mangsa mendapat rawatan yang terbaik.

“Wakil Pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini.

“Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan tersebut, mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.

“Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak PDRM dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan TNB sendiri telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI