fbpx

Saya ‘video call’ semua orang termasuk pengarah, kakitangan saya – Agus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Agus (kanan) bersama Abdul Wahab. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

BANGI – “Saya buat ‘video call’ (panggilan video) dengan semua orang termasuk pengarah saya, kakitangan dan kawan-kawan”.

Demikian kata Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff bagi menafikan dakwaan beliau mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Mohammad Agus berkata, tindakan tersebut yang dilihat seakan mesra bukan sahaja dibuat bersama Abdul Wahab malah turut melibatkan pengarah dan kakitangan di jabatannya.

“Saya ini kalau bercakap dengan semua orang, saya panggil sayang sahaja. Sungguh. Pada saya, (panggilan video melalui WhatsApp) itu biasa untuk urusan kerja dimana-mana dan saya buat ‘video call’ (panggilan) dengan semua orang termasuk pengarah saya, kakitangan serta kawan-kawan.

“Wahab ini anak kecil sahaja pun. Anak sulung saya pun lebih tua dari Wahab dan cara itu tidak menyinggung sesiapa pun,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Tenera, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan perbualan jelik antara Mohammad Agus dan Abdul Wahab sejak semalam di laman media sosial.

Mengulas lanjut mengenai video asal yang didakwa dirakam tanpa suara, Mohamad Agus berkata, dia tidak ingat perbualan tersebut secara spesifik.

“Waktu video itu, saya yang hubungi Wahab dan saya tak rasa ini benda yang pelik pun. Saya tak ingat secara spesifik tapi kami hanya berbual santai dan saya hanya (berkongsi nasihat) kerana Wahab ini dia naif, dia ada keperluan keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamad Agus memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan di Balai Polis Kajang berhubung perkara berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI