fbpx

PRK Kemaman: PRDM siap sedia kemungkinan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (kanan) memantau persiapan hari penamaan calon PRK Parlimen Kemaman di Dewan Berlian, MPK, Chukai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seramai lebih 700 anggota dan pegawai polis telah dikerahkan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sehingga 2 Disember depan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, seramai 419 anggota polis juga akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran hari penamaan calon PRK terbabit esok.

“Secara keseluruhannya, kita bersedia kemungkinan berlaku banjir memandangkan sekarang ini telah memasuki musim tengkujuh.

“Kita juga akan memastikan hari penamaan calon dan pengundian (PRK Parlimen Kemaman) berjalan lancar,” katanya selepas meninjau pusat penamaan calon, Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini hari ini.

Mazli berkata, semua perancangan disusun dan aset digerakkan bagi memastikan perjalanan PRK Kemaman tetap berjalan lancar walaupun berlaku banjir.

Beliau berkata, perbincangan telah dilakukan dengan pelbagai agensi terlibat termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman berhubung pelan kontigensi sekiranya berlakunya banjir pada hari penamaan calon dan pengundian.

“Sebanyak 308 lokasi di seluruh daerah ini dikenalpasti berisiko banjir sepanjang musim tengkujuh.

“Sebanyak 18 pusat pengundian yang sebelum ini digazet pusat pemindahan sementara juga dikhuatiri akan terjejas sekiranya berlaku banjir. Kita akan susun balik mengikut keperluan dan keadaan semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Mazli memberi jaminan semua penduduk tetap akan dibantu keluar mengundi dengan selamat walaupun berlaku banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI