fbpx

Rogol, amang seksual remaja 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Mac lalu. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Mac lalu.

Tertuduh, Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Gerik pada pukul 1 petang, 27 Mac 2023.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang bekerja kampung itu turut didakwa bagi dua pertuduhan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang masih bujang itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan kacau ganggu ekoran lelaki itu tinggal berjiran dengan mangsa.

Bagaimanapun katanya, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihaknya memohon wang jaminan tinggi dengan dua penjamin beserta syarat tambahan, lelaki itu tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI