fbpx

26 PATI keluar Malaysia secara haram dijel tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 26 pati dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini, atas tuduhan cuba keluar dari negara ini tanpa laluan yang sah. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

PORT DICKSON – Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihukum penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan cuba keluar dari negara ini secara haram.

Kesemua tertuduh iaitu 23 lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 63 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibaca di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.

Mereka terdiri daripada 25 warga Indonesia dan seorang Rohingya.

Mengikut pertuduhan bersama, kesemuanya sebagai warganegara asing telah didapati cuba keluar Malaysia melalui jalan yang bukan merupakan satu tempat keluar yang diwartakan seperti mana kehendak Seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63.

Kesalahan itu dilakukan pada 4 November lalu, kira-kira pukul 12.40 pagi di atas sebuah bot gentian kaca pada jarak 9.6 batu nautika dengan daratan terhampir Port Dickson.

Mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 56(1A)(a) dibaca bersama Seksyen 5(2) akta sama yang dihukum di bawah Seksyen 57 dan juga akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia (APM), Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin, manakala tertuduh diwakili Eric Yeow Kok Heng secara pro bono.

Kesemua tertuduh lelaki akan menjalani hukuman di Penjara Jelebu, manakala tertuduh wanita di Penjara Sungai Udang, Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI