fbpx

Lelaki Pakistan ditahan pandu lori pengangkut tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki Pakistan ditahan kerana memandu lori pengangkut tanpa lesen memandu sah dalam Ops Patuh Bersepadu di kawasan R&R Gurun arah selatan, di Gurun semalam.

GURUN – Tindakan seorang lelaki Pakistan memandu lori pengangkut tanpa lesen memandu sah membawa padah apabila dia ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Patuh Bersepadu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun arah selatan, di sini semalam.

Ketika ditahan kira-kira pukul 7 malam itu, lelaki berusia 36 tahun terbabit memberi alasan baru pertama kali berbuat demikian kerana terpaksa menggantikan pemandu asal yang cuti sakit selain hanya memandu pada jarak dekat.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati warga asing itu dalam perjalanan dari Alor Setar ke Johor dengan kenderaan berat berkenaan didapati turut tidak mempunyai cukai jalan selain perlindungan insurans tamat tempoh.

Malah, dia selepas itu mengaku telah beberapa kali memandu pelbagai jenis kenderaan milik syarikatnya yang menjalankan kerja-kerja kontrak dari utara hingga ke selatan tanah air sejak memasuki negara ini lebih 12 tahun lalu.

“Kali ini saya tidak bernasib baik apabila ditahan anggota JPJ dalam operasi ini kerana tidak mempunyai laluan alternatif lain untuk melarikan diri.

“Saya akui tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan bernasib malang kali ini,” katanya yang fasih berbahasa Melayu ketika ditemui dalam operasi tersebut.

Kenderaan milik majikannya itu disita untuk pemeriksaan lanjut dan dia dikenakan saman di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI