fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bandar Amerika kibar bendera Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENDERA Palestin dibenarkan berkibar di tiang bendera sebuah kawasan awam di bandar North Andover sejak kelmarin. - Foto Google Maps

WASHINGTON – Pentadbiran North Andover di negeri Massachusetts meluluskan permit  bagi membolehkan bendera Palestin dikibarkan di sebuah kawasan awam di bandar berkenaan, lapor portal berita Fox News semalam.

Menurut stesen berita Boston 25 News, bendera Palestin berkibar di North Andover pagi kelmarin dan akan dikibarkan sehingga 7 Disember ini.

Pada Isnin lalu, sebahagian penduduk yang menghadiri mesyuarat bersama pentadbiran bandar itu menyokong bendera Palestin dikibarkan, manakala sebilangan lagi menentangnya.  

Sebelum ini, mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana ancaman litigasi dan kebimbangan terhadap keselamatan awam sebelum ia diadakan semula.

Seorang penduduk, Salma Boulal yang menghadiri mesyuarat itu berkata, jika Israel boleh  mengibarkan benderanya di kawasan umum di North Andover, penduduk Palestin juga berhak mendapat hak yang sama, lapor stesen berita tersebut.

Bagi memastikan ketenteraman ditegakkan, polis turut hadir dalam mesyuarat itu.

Pengurus North Andover, Melissa Rodrigues berkata, permohonan untuk mengibarkan bendera Palestin itu telah dikemukakan kepada pihaknya pada 16 Oktober lalu, kira-kira enam jam sebelum pegawainya mengemas kini polisi baharu tentang pengibaran bendera.

Sebelum perubahan itu, penduduk dibenarkan untuk memohon mengibarkan mana-mana bendera di tiang bendera bandar tersebut.

Namun, di bawah dasar baharu itu,  tiada bendera berkaitan budaya lain akan dibenarkan berkibar di North Andover. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI