fbpx

Wanita larikan basikal, barang elektrik milik kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Teman wanita kepada seorang peniaga ditahan polis selepas melarikan perkakas elektrik serta sebuah basikal milik kekasihnya di sebuah pangsapuri Pandan Perdana, di sini, 16 September lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu, lelaki tempatan berusia 54 tahun.

Katanya, pada hari kejadian, pengadu mendapati beberapa barang keperluan rumah hilang sekitar pukul 4 petang.

“Pengadu mengesyaki teman wanitanya yang juga warga tempatan telah membawa keluar barang dari rumah tanpa kebenaran.

“Suspek telah mengaku mengambil barangan berkenaan dan enggan untuk memulangkan semula ketika dihubungi pengadu.

“Jumlah kerugian adalah sekitar RM3,000,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, suspek, 37, yang tidak mempunyai pekerjaan berjaya ditahan sekitar ibu negara pada pukul 1 pagi semalam.

“Kita telah merampas kembali beberapa barang kes terlibat dalam kes disiasat iaitu sejumlah perkakasan elektrik rumah dan sebuah basikal.

“Siasatan awal pihak polis mendapati berlaku selisih faham antara pengadu dan suspek apabila suspek mengajak pengadu berkahwin.

“Suspek kemudiannya bertindak keluar dari rumah serta membawa bersama barang milik pengadu,” jelasnya.

Tambahnya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan atau untuk simpanan harta benda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI