fbpx

Tiada daya, kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah – Beto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”

Hanya itu perkongsian terbaharu pelakon terkenal, Beto Kusyairy selepas dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Ladang Bikam, kelmarin.

Biarpun tidak memberi kenyataan secara terperinci, sahabat baiknya, Zahiril Adzim berkata, Beto  berada dalam baik selepas terbabit dalam kemalangan ketika konvoi di Ipoh, Perak.

Menurut Zahiril atau nama penuhnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 39, Beto juga sudah keluar dari hospital semalam.

“Dia sekarang okey dan kami pun sudah berbual tadi (semalam).

“Beto juga sudah melakukan pemeriksaan X-ray dan semuanya dalam keadaan baik.

“Cuma sama-samalah kita berdoa untuk seorang lagi mangsa yang perlu menjalani pembedahan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas tayangan gala filem Budak Flat di sini, semalam.

Dalam pada itu, Zahiril yang popular menerusi filem Juvana itu mendedahkan dia juga sepatutnya menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society tersebut namun terpaksa membatalkan hasrat kerana terikat dengan jadual penggambaran.

“Sepatutnya saya bersama mereka sebab Beto ada ajak tetapi tidak dapat sertai kerana penggambaran.

“Kalau boleh memang nak sertai aktiviti berkaitan Palestin sebegitu,” ujarnya.

Ditanya sama ada mengetahui punca kemalangan, dia menegaskan tidak berkongsi terlalu banyak kerana bukan dirinya yang berada di tempat kejadian.

“Tak silap saya mereka bertembung dengan sekumpulan konvoi lain.

“Saya pun tidak boleh cerita secara terperinci sebab tiada di lokasi kejadian berlaku,” kongsinya ringkas.

Selain Zahiril, seorang lagi sahabat Beto, Azhan Rani turut meluahkan rasa syukur kerana sahabat baiknya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius semasa kemalangan.

Lebih melegakan, Beto juga bernasib baik kerana memakai sut keselamatan lengkap dan topi keledar ‘full space’ yang menunggang motosikal.

“Alhamdulillah Beto tidak patah pada mana-mana bahagian, cuma belakang badannya ada sedikit bengkak. Namun masih lagi okey. Luka teruk pun tiada.

“Dia pun telah dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur, malam semalam. Saya nak cakap lebih lanjut pun, saya tidak ada dengannya semasa kejadian. Syukur juga sebab semasa kejadian Beto bernasib baik kerana memakai sut keselamatan dan topi keledar penuh (full space),” kata Azhan.

Kelmarin, Beto yang menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh dilaporkan terbabit dalam kemalangan.

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam, jentera ditunggang bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu terjatuh selepas bergesel dengan motosikal lain yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

Konvoi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI