fbpx

Isu dengan Dr. Mahathir selesai – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin beramah mesra bersama pelumba pada Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di Seremban hari ini. - Foto oleh NAZARUDIN SHAHARI / KOSMO!

SEREMBAN – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap isu yang berbangkit antara beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun selesai.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau bersetuju dengan permintaan Dr. Mahathir bahawa tiada keperluan untuk isu antara mereka dipanjangkan lagi.

“Saya rasa Tun (Dr. Mahathir) dan saya, kami telah selesai bab itu. Beliau pun kata dalam temuramah itu tidak perlu dibincangkan lagi.

“Sudah lah (bangkitkan isu antara kami). Cukup lah (henti bincangkannya lagi),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan temubual podcast (audio siar) Keluar Sekejap yang menjemput Dr. Mahathir sebagai tetamu kelmarin.

Keluar Sekejap dikendali dan dihoskan oleh Khairy bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin memberitahu, terdapat pemintaan untuk episod kedua bersama Dr. Mahathir, tetapi pihaknya memutuskan ia mungkin tidak dibuat dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI