fbpx

Gangguan MRT, insiden itu tidak patut berlaku – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan melahirkan rasa dukacita atas insiden gangguan bekalan kuasa Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya, semalam.

Menterinya, Anthony Loke berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana MRT Laluan Putrajaya baharu sahaja dibuka dan beroperasi Mac lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan merujuk kepada kontraktor utama laluan MRT iaitu MMC – Gamuda untuk melihat punca sebenar insiden memandangkan perkhidmatan itu masih berada dalam tempoh liabiliti kecacatan.

“Kami mahu laporan lengkap mengenai insiden itu dan kita berasa dukacita kerana laluan itu baru dibuka dan tidak sampai setahun beroperasi

“Gangguan bekalan kuasa itu perlu diberikan perhatian serius oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana),” katanya ketika ditemui pada Majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Anthony Loke (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi pada Perhimpunan Bulanan di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Katanya, pihaknya telah meminta laporan penuh insiden daripada pihak Prasarana untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dijangka Jumaat ini.

Semalam, perkhidmatan MRT laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perjalanan akibat gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Conlay dan Stesen Chan Sow Lin.

Gangguan itu telah menyebabkan dua buah tren yang berada di kawasan berkenaan tidak dapat beroperasi kerana terputus bekalan kuasa di kawasan tersebut.

Susulan itu, perkhidmatan rel alternatif diaktifkan dimana tren dari Kwasa Damansara berpatah balik di Stesen Raja Uda manakala tren dari Putrajaya Sentral berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI