fbpx

[VIDEO] Nurul Ain selamat tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ain (dua kanan) bersama suaminya warga Palestin, Mohamed A.M. Shaat (dua kiri) disambut kedua ibu bapanya, Haron Hanim (kanan) dan Mastura Yusof (kiri) ketika selamat tiba ke tanah air berikutan konflik di Gaza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Rakyat Malaysia yang berada di Gaza, Nurul Ain Haron selamat tiba di tanah air pada pukul 8.55 malam tadi.

Nurul Ain tiba bersama suaminya, iaitu seorang warga Palestin, Mohamed A.M Shaat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dari Kaherah.

Ketibaan Nurul Ain dan suaminya itu disambut oleh ahli keluarganya termasuk kedua ibu bapanya, adik perempuannya dan pegawai dari Kementerian Luar Negara (KLN).

Terdahulu, Nurul Ain disahkan selamat keluar daripada kawasan konflik terbabit melalui Lintasan Sempadan Rafah kelmarin pada pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Wisma Putra berkata, tindakan evakuasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada 23 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI