fbpx
PENGURUSAN Syarifuddin atau Damok tidak akan berputus asa mencari penaja dan pasukan baharu apabila terbang ke Litar Ricardo Tormo menjelang perlumbaan terakhir MotoGP 2023 di Valencia.

[VIDEO] Karier pelumba Moto3 negara kelam, SIC henti tajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IMPIAN pelumba Moto3 ne­gara, Syarifuddin Azman untuk meneruskan kariernya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (Mo­toGP) tampak sukar selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) eng­gan meneruskan pelaburan ke atasnya musim depan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengurus ZK Ra­cing, Zulfahmi Khairuddin susu­lan keputusan perlumbaan yang mengecewakan Syarifuddin atau Damok pada penampilan per­tamanya musim ini.

Bagaimanapun, Zulfahmi mengakui dia tidak berputus asa untuk mencari penaja dan pasukan baharu apabila akan terbang ke Litar Ri­cardo Tormo menjelang perlumbaan terakhir Mo­toGP 2023 di Valencia.

“Semestinya dari­pada posisi saya akan berusaha agak keras untuk mengekalkan Damok dalam saingan Moto3. Hampir semua pasukan saya pergi untuk mele­takkan Damok tahun depan kec­uali pasukan MT.

“Saya nampak ada sedikit pe­luang untuk kita teruskan ber­sama Damok tetapi saya yakin daripada pihak SIC sendiri mere­ka telah beri kata putus bahawa mereka tidak akan labur atau berikan dana yang mereka ada kepada Damok.

“Kalau ia berterusan seperti ini saya perlu cari dana itu sendi­ri. Apapun, selepas keputusan minggu ini, ia menyukarkan saya untuk berunding dengan pasukan-pasukan lain.

“Apapun, saya akan terbang ke Valencia minggu depan dan be­runding untuk kekalkan Damok dalam saingan MotoGP. Apapun ia bukan mudah kerana kerusi yang tinggal agak terhad,” ka­tanya ketika ditemui di Sepang kelmarin.

Kelmarin, Damok terlepas mengutip mata apabila terjatuh sekali gus menamatkan saingan di tempat ke­-20 sehingga menyukarkan Zulfahmi menyakinkan penaja mahupun pasukan ba­haru.

Difahamkan ketika ini terda­pat dua lagi pasukan Moto3 yang belum mengumumkan barisan pelumba mereka musim depan.

Ketika ditanya adakah Da­mok akan diturunkan pangkat ke JuniorGP semula, Zulfahmi men­ngakui ia bukanlah pilihan terbaik buat masa ini.

“Damok hanya berlumba seta­hun di MotoGP dan penaja tidak nampak potensinya untuk di­angkat ke peringkat seterusnya. Kepercayaan tersebut hanya ada pada saya dan bukan penaja.

“Kalau Damok tidak dapat tem­pat, kita akan usaha terbaik buat kariernya,” tambah Zulfahmi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI