fbpx

Isteri Gordon Ramsay lahir bayi lelaki pada usia 49 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMSAY mencium bayi terbaharunya, Jesse ketika bersama isteri, Tana. – INSTAGRAM

LONDON – Cef selebriti, Gordon Ramsay mengumumkan bahawa dia menjadi bapa untuk kali keenam selepas isterinya, Tana melahirkan seorang bayi lelaki ketika berusia 49 tahun, lapor akhbar Independent semalam.

Ramsay yang popular selepas membintangi program masakan Hell’s Kitchen dan The F Word, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram pada Sabtu lepas.

“Hadiah hari lahir yang menakjubkan, selamat datang Jesse James Ramsay seberat 3.45 kilogram. Satu lagi anggota kepada briged Ramsay!,” katanya.

Ramsay, 57, berkongsi tiga keping gambar di laman Instagram, menunjukkan isterinya tersenyum sambil memeluk bayi mereka yang baru lahir. Satu lagi gambar memaparkan Ramsay mencium kepala Jesse ketika bayi itu dipeluk oleh Tana.

Cef berkenaan berkata, bayi itu akan menjadi anak bongsunya kerana mereka berasa sudah cukup sempurna dikurniakan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI