fbpx

Tak jadi saman selepas terima pampasan ayam bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar SEORANG lelaki Russia didakwa merosakkan harta benda orang lain ditahan polis di Chiang Mai, awal bulan ini. - Foto Khaosod

BANGKOK  – Polis wilayah Chiang Mai menahan seorang lelaki Russia yang didakwa menceroboh dan merosakkan harta benda orang lain namun pengadu tidak lagi mahu menyamannya selepas dia membayar pampasan dengan ayam bakar, lapor portal berita Khaosod.

Menurut siasatan, lelaki Russia itu memohon untuk tinggal sementara di negara tersebut. 

Lelaki itu kemudian mengunjungi sebuah restoran berhampiran kawasan pelancongan di sepanjang Jalan Nimmanhaemin pada hari kejadian di mana dia dituduh menceroboh dan merosakkan harta benda orang lain.

Selepas mengesan kehadiran suspek di Jalan Nimmanhaemin, polis melakukan siasatan, mengumpul maklumat tambahan dan merancang pengawasan sebelum menangkapnya pada 8 November lalu.

Dia dituduh menceroboh harta orang lain, mengganggu orang lain dan menyebabkan kerosakan.

Bagaimanapun, memandangkan lelaki Russia itu telah membayar ayam bakar kepada pemilik restoran itu selepas melakukan kerosakan harta benda, dia telah memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadapnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI