fbpx

Nurul Ain, suami dibawa keluar dari Gaza lalu Lintasan Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurol Ain (tiga kanan) telah selamat tiba di Lintasan Sempadan Rafah semalam. FOTO IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA- Seorang rakyat Malaysia yang berada di Gaza disahkan selamat keluar daripada kawasan konflik terbabit melalui Lintasan Sempadan Rafah semalam pada pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Wisma Putra berkata, tindakan evakuasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada 23 Oktober lalu.

“Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa Nurul Ain bersama suaminya iaitu Mohamed A.M Shaat merupakan rakyat Palestin telah selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada 12 November 2023.

“Ketibaan mereka di Lintasan Sempadan Rafah telah dimudahcara oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah bersama pegawai kedutaan yang lain.

“Sejurus selepas tiba di Lintasan Sempadan Rafah, beliau telah dihubungi oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melalui panggilan video,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Wisma Putra berkata, tindakan evakuasi itu juga dapat dilaksanakan sebaiknya susulan penyelarasan lanjut oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman selain rentetan pertemuan antara Anwar dan Abdel Fattah sebelum ini.

Katanya, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka.

“Susulan itu, Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Republik Arab Mesir, Kerajaan Qatar, Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur dan Kedutaan Besar Qatar di Kuala Lumpur atas jalinan kerjasama itu.

“Ia turut melibatkan keutamaan yang diberikan kepada Malaysia dalam usaha menjalankan proses evakuasi warganegara Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza dengan selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI