fbpx

Lelaki Bangla rakam aksi menari filem Tamil ketika orang ramai bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di TikTok, milik Farhan Fared.

PETALING JAYA – Gelagat spontan dua warga asing dipercayai dari Bangladesh membuat rakaman muzik video ala filem Tamil di tepi jalan mencuit hati pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok @farhanfared__, kelihatan seorang rakan lelaki warga Bangladesh itu membantu merakam aksi rakannya seakan juruvideo profesional.

Aksi dan gaya lelaki itu menari mengikut rentak lagu membuatkan orang ramai terpegun dan ada juga yang meluat dengan keyakinannya.

Ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang menganggap perkara ini situasi biasa kerana sudah ramai warga asing yang melakukan aksi tersebut.

“Hari itu ada nampak juga dekat Shah Alam. Saya dengan suami gelak sahaja atas motor. Melompat sambil berjoget, nak rakam tapi tak bawa telefon pula,” komen Yuyu.

“Seronoknya dia, baguslah cari kebahagiaan dengan cara tersendiri,” tulis Avril Lagena.

Sementara itu seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Mar turut berkongsi bahawa dia juga melihat warga asing membuat video TikTok di bahagian sayur-sayuran sebuah pasar raya.

Ramai yang menantikan hasil rakaman video muzik warga Bangladesh itu.

Video itu menjadi tular dan menerima sebanyak 796,000 tontonan dan 27,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI