fbpx

Fitnah Lim Guan Eng, Siti Mastura dipanggil rakam keterangan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Guan Eng dan Mastura

PETALING JAYA – Rakaman keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng akan diambil pihak polis pagi esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tarikh temu janji rakaman percakapan Ahli Parlimen Kepala Batas sepatutnya dijalankan hari ini namun telah diubah dan akan dijalankan esok, kira-kira pukul 11 pagi.

“Rakaman keterangan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Kosmo!

Setakat pukul 10 pagi hari ini, Razarudin berkata, pihaknya telah menerima sebanyak enam laporan berkaitan kes berkenaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dengan Chin Peng serta bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Dalam kenyataannya pada Jumaat lalu, Guan Eng berkata ucapan Siti Mastura itu didakwa dilakukan dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Katanya, tindakan itu dilakukan kerana Siti Mastura didakwa menimbulkan ketakutan terhadap DAP dan orang Cina sekali gus membabitkan unsur perkauman dan ekstremis.

Justeru beliau sudah melantik peguam Datuk Sankara Narayanan Nair sebagai peguam bagi memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.

Selasa lalu, Guan Eng dalam satu sidang media di Parlimen memaklumkan memberi masa dua hari kepada Siti Mastura
mengemukakan bukti jika benar beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng.

Guan Eng berkata, kegagalan Siti Mastura berbuat demikian berisiko berdepan dengan tindakan undang-undang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI