fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat hari Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran ucapan baginda yang disiarkan di laman Instagram Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu,” titahnya.

Ucapan baginda dikongsikan di Instagram rasmi Istana Negara.

Hari ini, penganut agama Hindu merayakan hari Deepavali di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI