fbpx

Piala MFL: Terengganu muncul juara sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import Terengganu, Jordan Mintah (tengah) dikawal rapi oleh pertahanan JDT II pada aksi final Piala MFL di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - MFL

 

KUALA LUMPUR – Tahun 2023 menjadi detik paling bermakna pengendali Terengganu II, Hairuddin Omar apabila mengetuai pasukan bergelar juara Piala MFL selepas tundukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Harimau Selatan yang diperkuatkan oleh bintang skuad utama seperti Shane Lowry, Oscar Arribas dan Endrick Dos Santos nyata tergamam selepas pemain muda lawan tampil bermotivasi untuk mencipta kejutan.

Bagaimanapun, kelab dari Pantai Timur itu terpaksa menanti sehingga penghujung permainan selepas memanfaatkan kesilapan pemain lawan.

Walaupun hanya mempertaruhkan Jordan Mintah sebagai import tunggal, Terengganu II berjaya memulakan perlawanan dengan cukup positif apabila memperoleh dua peluang terbaik.

Aksi kemudiannya kembali seimbang dengan menyaksikan JDT II lebih tertumpu kepada situasi bola mati untuk memanfaatkan kelebihan fizikal dimiliki Shane Lowry namun ‘ubi muda’ Terengganu II mampu melaksanakan tugas cukup baik.

Seterusnya kedua-dua pasukan terus menyajikan corak hantaran pendek setiap kali melakukan gerakan namun tiada sebarang gerakan merbahaya mampu dihasilkan.

Skrip hampir sama terus berulang di awal babak kedua namun Harimau Selatan kekal melawan untuk menjadikan intensiti final kali ini bertambah menarik.

Terengganu II sepatutnya mampu menghasilkan dua jarinyan sebaliknya Muslihuddin Ariq Mat Zaid dan Syahmi Zamri dilihat terlalu gopoh ketika melakukan sentuhan penyudah.

Peluang terbaik JDT II hadir pada minit ke-80 sebaliknya sepakan percuma Oscar Arribas berjaya dibaca dengan baik penjaga gol Terengganu II, Nazul Izamil Zulkifli yang melakukan tepisan.

Minit ke-88, kelekaan pertahanan JDT II, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri yang gagal menahan bola dengan lebih baik membuka ruang buat Muhammad Isa Raman meledak gol kemenangan Terengganu II. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI