fbpx

Di mana Cikgu Hafiz?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan anjing dalam operasi mencari mangsa di pusat peranginan Sungai Sedim, Kulim sejak semalam.

KULIM – Seorang guru lelaki dikenali sebagai Mohd. Hafiz Jasmi, 38, dikhuatiri hilang di kawasan peranginan Sungai Sedim, di sini sejak semalam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pihak polis kira-kira pukul 4.25 petang, semalam.

Katanya, sebuah kereta jenis Proton Saga milik mangsa ditemui di kawasan tersebut.

“Polis bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak semalam.

“Operasi turut melibatkan bantuan anjing pengesan bomba, pihak polis, ,renjer hutan serta penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kawasan pencarian dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon satu di kawasan menuju ke puncak Gunung Bintang sejauh enam kilometer, zon dua di bahagian bawah sejauh dua kilometer dan zon tiga di kawasan trek mendaki gunung sejauh dua kilometer.

Tambahnya, berdasarkan perkembangan terkini, mangsa masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI