fbpx

Dua kerajaan terdahulu belanja RM700 juta untuk iklan, publisiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan dilaporkan membelanjakan sehingga mencecah RM700 juta untuk kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti dalam menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh tiga tahun dari 2020 hingga 2022.

Kementerian Kewangan berkata, perbelanjaan tersebut digunakan oleh dua pentadbiran lalu untuk menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan melalui semua platform media massa.

Ini termasuk papan iklan (billboard), media cetak, media elektronik (televisyen dan radio) serta media sosial.

“Kebanyakan perbelanjaan bagi tujuan ini diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Terdapat lebihan nilai kontrak komunikasi yang dimeterai semasa pentadbiran lalu tidak dibelanjakan pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi tahun ini pula, perbelanjaan komunikasi Kerajaan Madani setakat ini menggunakan hanya sebahagian lebihan nilai kontrak komunikasi pentadbiran lalu iaitu sebanyak RM56.9 juta.

“Tiada kontrak komunikasi baharu dianugerahkan semasa tahun ini oleh pentadbiran Kerajaan Madani.

“Bagi tahun hadapan, pentadbiran Kerajaan Madani akan mengurangkan perbelanjaan bagi pengiklanan, promosi dan publisiti untuk tidak melebihi RM100 juta iaitu separuh daripada nilai purata perbelanjaan sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI