fbpx

Banjir: Mangsa terjejas di Selangor menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah penduduk terjejas banjir di Selangor menurun kepada 393 orang daripada 103 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, hanya dua daerah sahaja kini mengoperasikan pemindahan sementara (PPS).

“Di Kuala Langat, 101 mangsa terdiri daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, PPS Dewan Orang Ramai Dato Hormat, Seri Cheding dan Balai Raya Kampung Orang Asli, Bukit Tadom.

“Di Sepang, seramai 292 mangsa terdiri daripada 81 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Kampung Datuk Ahmad Razali, Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI