fbpx

Polis buat upacara halau hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki melakukan upacara menghalau hantu di sebuah kawasan kejiranan di Pattaya semalam. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pegawai polis dipercayai melakukan upacara menghalau hantu ke atas seorang lelaki di sebuah kawasan kejiranan di Pattaya semalam, lapor portal berita The Pattaya News.

Dia melakukan perbuatan itu selepas penduduk menghubungi polis bagi memberitahu terdapat seorang lelaki yang dirasuk dan menjerit sekuat hati pada pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Setibanya di tempat kejadian, seorang pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Pattaya, Leftenan Yutthakorn Matchima, bertindak pantas.

Dia menggunakan air suci untuk melakukan pengusiran syaitan, membaca mantera dan mengarahkan lelaki yang tertekan itu untuk mengangkat tangannya.

Yutthakorn kemudian menyembur air di sekelilingnya dan menyatakan bahawa masalah itu telah selesai serta  tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. 

Keadaan lelaki itu juga bertambah baik, demikian menurut beberapa saksi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI