fbpx

Pesawat berlepas tidak sedar tingkap hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa tingkap kabin pesawat itu rosak. - Air Accidents Investigation Branch

LONDON – Sebuah pesawat dalam perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik ke London berikutan kebimbangan keselamatan selepas cermin tingkapnya didapati rosak dan hilang.

Saluran berita NBC News hari ini melaporkan, buletin khas mengenai kejadian itu dikeluarkan oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain minggu lalu. 

Pesawat dinaiki 11 anak kapal dan sembilan penumpang itu berlepas dari Lapangan Terbang London Stansted dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando, Florida pada Ahad lalu. 

Menurut buletin itu, beberapa tingkap kabin pesawat jenis Airbus A321 didapati rosak akibat lampu kuasa tinggi yang digunakan semasa satu acara penggambaran.

Bagaimanapun, kerosakan itu gagal dikesan sehinggalah pesawat berada di ruang udara untuk penerbangan seterusnya.

Selepas berlepas, penumpang melaporkan bahawa kabin pesawat itu lebih sejuk dan bising daripada biasa. Kru kabin kemudian bersetuju bunyi itu cukup kuat untuk merosakkan pendengaran mereka. 

Kerosakan tinggkap kabin dikesan oleh kru setelah pesawat berada pada ketinggian 4,419 meter. 

Jelas buletin itu, ‘akibat buruk lebih serius’ mungkin berlaku jika ‘ketahanan tingkap hilang pada tekanan yang lebih tinggi’. Juruterbang kemudian mengurangkan kelajuan dan berhenti terbang lebih tinggi.

Setelah memutuskan untuk berpatah balik, pesawat itu mendarat dengan selamat di lapangan terbang London. Tekanan dalam pesawat kekal seperti biasa sepanjang penerbangan selama 36 minit itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI