fbpx

MotoGP: Franco Morbidelli sedia hadapi cuaca sukar di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI mengakui pasukannya sedang bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan terbaik jentera bagi berdepan cuaca sukar di Sepang. - AFP

SEPANG – Pasukan Monster Energy Yamaha bakal melakukan persiapan terbaik terutama bagi menghadapi cuaca mencabar pada Grand Prix (GP) Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu ini selepas diramalkan hujan sepanjang tiga hari perlumbaan berlangsung.

Pelumba Itali, Franco Morbidelli berkata, pasukannya telah bersedia untuk menghadapi sebarang keadaan cuaca di Malaysia selepas mengakui Sepang sentiasa hadir dengan kejutan tersendiri.

“GP Malaysia sentiasa datang dengan cabaran uniknya sendiri. Ia boleh menjadi cerah dan sangat panas sekali gus memerlukan fizikal yang kuat untuk menghadapinya.

“Salah satu cabaran menanti ialah ribut, hujan dan keadaan litar yang sangat basah sekali gus memerlukan mental yang kuat untuk menghadapi cabaran tersebut. Jadi, kami perlu bersedia untuk apa sahaja. Apapun, kami akan buat yang terbaik,” kata Morbidelli.

Dalam pada itu, pelumba 28 tahun tersebut turut berharap pasukannya dapat memperbaiki potensi jentera mereka terutama untuk tampil lebih pada sesi kelayakan.

“Sewaktu di Thailand, jentera menunjukan kepantasan yang baik, tetapi titik kelemahan kami adalah sewaktu sesi kelayakan. Jadi, kami berhasrat untuk memperbaikinya masalah tersebut pada hujung minggu ini,” kata Morbidelli.

Morbidelli ketika ini masih belum mampu menembusi kelompok 10 terbaik sejak GP India pada September lalu dan dia kini berada di kedudukan ke-13 terbaik dengan mengumpul 84 mata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI